penaja alonG

Followers

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular

Isnin, 6 Jun 2011

Jika Ianya Sebuah Cinta…


jika ia sebuah cinta…
ia tidak mendengar…
namun sentiasa bergetar….
jika ia sebuah cinta…
ia tidak buta
namun sentiasa melihat dan merasa..
jika ia sebuah cinta…
ia tidak menyeksa
namun sentiasa menguji
jika ia sebuah cinta…
ia tidak memaksa
namun sentiasa berusaha…
jika ia sebuah cinta…
ia tidak cantik
namun sentiasa menarik…
jika ia sebuah cinta…
ia tidak datang dengan kata-kata
namun sentiasa menghampiri dengan hati…
jika ia sebuah cinta…
ia tidak terucap dengan kata
namun sentiasa hadir dengan sinar mata..
jika ia sebuah cinta…
ia tidak hanya berjanji..
namun sentiasa cuba memenangi..
jika ia sebuah cinta…
ia munkin tidak suci..
namun sentiasa harmoni…
jika ia sebuah cinta…
ia tidak hadir kerana permintaan
namun hadir kerana ketentuan…
jika ia sebuah cinta…
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan…

sumber

Ahad, 5 Jun 2011

Gambar Mesra Tauke (Jambu Maharaja Lawak) Bersama Kekasih Hatinya





memang sah ...muka legend hati ada taman lor....kekekekek

Ucapan-Ucapan Yang Boleh Membuatkan Lelaki Bertambah Sayang Kepada Anda


Layaknya wanita, lelaki juga merasa bahagia jika mendengar kata-kata manis dari pasangannya. Berikut adalah beberapa hal yang diucapkan wanita, yang dapat membuat para lelaki bahagia,

1. “Aku bangga padamu”
Mengungkapkan kebanggan anda terhadap pasangan, akan membuatnya merasa menjadi seseorang yang berharga bagi anda. Selain bahagia, anda juga membangkitkan kepercayaan dirinya.

2. “Aku cinta padamu”
Jangan bosan untuk mengungkapkan kata cinta. Ingatkan terus padanya, betapa kamu mencintainya. Kata-kata itu akan membuat harinya lebih bermakna.

3. “Kamu sangat menarik”
Lelaki juga perlu puji-pujian. Kadang-kala, mereka juga merasa tidak yakin dengan penampilannya. Pujian tulus dari anda akan membesarkan hatinya. Dia pasti akan merasa bahawa dia adalah orang paling menarik di dunia.

4. “Kamu memang pandai”
Kecerdikan dan fikiran logik adalah hal yang paling diagungkan oleh para lelaki. Salah satu yang membuat mereka merasa ‘lebih’ dari wanita adalah pendapat, bahawa lelaki lebih logik dari wanita. Memuji kecerdasannya adalah hal yang paling ingin didengar para lelaki.

5. “Terima Kasih”
Kata terima kasih yang tulus akan membuat para lelaki memiliki nilai yang lebih. Perasaan lelaki yang mampu membuat teman wanitanya rasa senang akan membuatkan lelaki bahagia.

6. “Aku menghargai usahamu”
Lelaki kadang-kadang pernah merasa gagal. Saat ini yang dia perlukan adalah ucapan yang membuatkannya merasa dihargai. Bukan kerana hasil yang dia dapatkan, melainkan untuk semua usaha yang telah dia lakukan.

7. “Kamu yang terbaik”
Lelaki juga perlu tahu bahawa tiada lelaki lain yang mampu mengambil hati anda. Jangan bosan-bosan untuk meyakinkannya.

8. “Kau membuatku merasa aman”
Merasa layaknya seorang pahlawan di mata pasangan membuat rasa percaya diri lelaki meningkat. Menjadi pelindung pasangan adalah hal yang paling lelaki inginkan.

9. “Aku terlalu memerlukanmu sekarang”
Merasa diperlukan juga merupakan hal yang paling diinginkan seorang lelaki. Jangan pernah merasa janggal untuk menyebutnya.

10. “Tiada siapa yang dapat menggantikanmu”
Mengetahui bahawa dia lah satu-satunya lelaki terbaik di hidup anda, akan membuatnya ‘melambung tinggi’. Dia pun akan merasa sangat dicintai

sumber

Ahad, 29 Mei 2011

Mengapa wanita suka merajuk?


Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.

Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada anak dan isteri.

Suami tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada suami, tetapi hanya mengharapkan suami memberi kasih sayang itu.

Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

sumber

Khamis, 26 Mei 2011

Seseorang Yang Benar-benar Mencintai Kamu...


Seseorang yang mencintai kamu.....
Tidak bisa memberi alasan Mengapa ia mencintaimu. ..
Dia Hanya tau, di mata dia...
Kamulah satu - satunya...

Seseorang yang mencintai kamu...
Sebenarnya Selalu membuatmu marah/gila/jengkel/ stress...
Tapi ia tidak pernah tau hal bodoh apa yang sudah ia lakukan...
Karena semua yang ia lakukan adalah untuk kebaikanmu.. ..

Seseorang yang mencintai kamu....
Jarang memujimu, tetapi di dalam hatinya kamu adalah yang terbaik....
Hanya itu yang ia tau....

Seseorang yang mencintai kamu....
akan marah-marah atau mengeluh jika kamu tidak membalas pesannya atau tlpnya....
Karena ia peduli dan tidak ingin sesuatu terjadi
pada kamu...

Seseorang yang mencintai kamu.....
Hanya menjatuhkan airmatanya di hadapanmu, dan ketika kamu mencoba menghapus airmatanya.. ..
Kamu telah menyentuh Hatinya!
Ya.....
Dimana hatinya selalu berdegup/berdenyut/ bergetar untuk kamu.....

Seseorang yang mencintai kamu....
Akan mengingat setiap kata yang kamu ucapkan....
Bahkan yang tidak sengaja dan ia akan selalu menggunakan kata2 itu tepat waktunya.... .

Seseorang yang mencintai kamu....
Tidak akan memberikan janji apapun dengan mudah....
Karena ia tidak mau mengingkari janjinya....
Ia ingin kamu untuk mempercayainya. ...
dan ia ingin memberikan hidup yang paling bahagia dan aman Selama-lamanya. ...

Seseorang yang mencintai kamu.....
Mungkin tidak bisa mengingat kejadian/kesempatan istimewa....
Seperti perayaan Hari ulang tahunmu....
Tapi ia tahu bahwa setiap detik yang ia lalui, Ia mencintai kamu, tidak peduli hari apakah
ini....

Seseorang yang mencintai kamu...
Tidak mau berkata "aku mencintaimu" dengan mudah....
Karena segalanya yang ia lakukan untuk kamu adalah untuk menunjukkan bahwa ia siap mencintaimu. ..
Tetapi hanya ia yang mengatakan I LOVE YOU, pada situasi yang special...
Karena ia tidak mau kamu salah mengerti...
Dia mau kamu mengetahui bahwa ia mencintai dirimu...

Seseorang yang benar2 mencintai kamu...
Akan merasa bahwa sesuatu harus di katakan sekali saja...
Karena ia berpikir bahwa kamu telah mengerti dirinya...
Jika berkata terlalu banyak Ia akan merasa bahwa tidak ada yang akan membuatnya bahagia/tersenyum. ...

Seseorang yang mencintai kamu .....
Akan pergi ke Airport untuk menjemputmu. ..
Dia tidak akan membawa! seikat Mawar dan memanggilmu sayang seperti yang kamu harapkan...
Tetapi ia akan membawa kopermu dan menanyakan mengapa kamu menjadi kurus dalam waktu 2 hari???
Dengan Hatinya yang
tulus....

Seseorang yang mencintaimu. ..
Tidak tahu apakah ia harus menelponmu ketika kamu marah...
Tetapi ia akan mengirim pesan setelah beberapa jam...
Jika kamu menanyakan : Mengapa ia telat menelpon..?
Ia
akan berkata: Ketika kamu marah penyelasan dariku semua hanyalah
sampah. Tetapi ketika kamu sudah tenang, Penjelasanku baru akan
benar-benar menyejukan hati.

Seseorang yang mencintai kamu...
Akan menyimpan semua benda yang telah kamu berikan...
Bahkan Kertas kecil bertuliskan I LOVE YOU ada di dalam dompetnya.

Seseorang yang mencintai kamu...
jarang mengucapkan kata-kata manis Tapi kamu tau'Kecupanya' sudah menyalurkan semuanya.

Seseorang yang mencintai kamu...
Akan selalu berusaha membuatmu tersenyum dan tertawa walau terkadang caranya membingungkanmu. ..

Seseorang yang mencintaimu. ..
Akan membalut hatimu yang pernah terluka dan menjaganya dengan setulus hati agar tidak terluka
lagi...
Dan ia akan memberikanmu yang terbaik walau harus menyakiti hatinya sendiri...

Seseorang yang mencintai kamu...
Akan rela melepasmu pergi bila bersamanya kamu tidah bahagia...
Dan ia akan ikut bahagia walau kamu yang dicintainya bahagia bersama orang lain...

sumber

Selasa, 24 Mei 2011

Bolehkah Perigi Mencari Timba?


Mengubah persepsi manusia bukanlah mudah, lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah lama berpegang pada sesuatu adat sehinggakan terlalu sulit untuk mengubahnya berlandaskan syariat.

Mendidik manusia tidak semudah membawa seekor lembu untuk meragut rumput di padang

Pendidikan berasaskan Islam perlulah diterap bermula dari kecil supaya tidak berlaku kejanggalan yang tidak bertempat apabila syariat diutamakan berbanding dengan budaya turun temurun.

Isu ini seringkali berlaku terutama sekali dalam konteks pencarian jodoh.

Masyarakat kita sering memandang serong kepada wanita yang melamar lelaki sehinggakan terbit peribahasa Melayu yang berbunyi perigi mencari timba yang dicipta khusus untuk wanita yang melamar lelaki.

Golongan "perigi mencari timba" ini seolah-olah dipandang keji dan dianggap seperti telah melakukan kesilapan besar semata-mata kerana adat tanpa melihat dari sudut syariat Islam.

Seolah-olah syariat diketepikan dan adat diutamakan.

Inilah budaya yang merantai pemikiran kita, sehinggakan pelbagai persoalan timbul apabila terdapat pihak yang cuba mengubah persepsi masyarakat. Pelbagai pertanyaan bergelodak di benak apabila persoalan ini diperjelaskan.

"Biar betul ustaz, tak kan perempuan yang datang melamar lelaki."

"Eh, malulah macam ni ustaz."

"Boleh ke buat seperti itu. Nanti apa kata orang."

Saya tidak risau bagi mereka yang ada rupa, digilai oleh ramai lelaki, tapi bagaimana pula mereka yang sekadar cukup-cukup makan, atau bujang terlajak (andalusia).

Tidakkah dianggap 'sial' atau aib oleh masyarakat.

Sudah pasti aib itu bukan sahaja disandang oleh andalusia sebagai individu, tetapi tempiasnya juga terkena kepada keluarganya.

Inilah penghalang utama dan satu-satunya 'musibah' bagi wanita yang hendak melamar lelaki.

Saya pernah menerima banyak persoalan berkaitan jodoh terutama daripada golongan wanita berumur yang masih belum berkahwin.

Kadang-kadang saya melihat salah satu masalah kita ialah sikap, walhal melihat pada kemampuan, kedudukan serta pendapatan boleh sahaja memiliki atau lebih senang bisa 'memancing' lelaki tetapi masih sukar untuk mendapat pasangan.

Sikap kita pada suatu ketika dahulu yang mungkin agak memilih, mahu cari yang sepadan atau lebih daripada diri.

Mana ada kelas seorang doktor kahwin dengan ustaz, mana padan seorang business women berjaya nikah dengan tukang kebun.

Maka kalian telah membawa fitnah kepada agama.

Tidak kurang juga di kalangan ahli gerakan, mencari pasangan antara ahli gerakan, tidak boleh berbeza fikrah atau bukan daripada satu jamaah yang sama.

Maka menunggulah dengan penuh hiba si wanita dalam gerakan tadi jejaka idaman satu jamaah datang menyunting.

Kalau ahli gerakan itu berjuta-juta mungkin tiada masalah, tapi kalau sekerat janganlah berani bermimpi di siang hari.

Maafkan saya, mungkin sedikit agresif (panas), cuma saya ingin ubah sedikit persepsi kita kerana syarat sah kahwin dan rukunnya tidak pernah menyebut perkara yang dirumitkan tadi.

PERSEPSI

Mengapa untuk sebuah kebaikan dan kemaslahatan hidup dapat dikalahkan oleh persepsi yang kolot ini?

Persoalannya kembali kepada sikap individu tersebut, apakah dia lebih mengutamakan persepsi atau kebahagiaan hidup yang sejati?

Kita meraih syurga cinta Allah melalui pasangan, bukan kerana fikrah kita sama atau sebagainya. Kebahagiaan adalah dambaan sebuah rumahtangga.

Apakah kita terasa jijik apabila mengetahui Saidatina Khadijah yang datang melamar Baginda s.a.w, hanyalah seorang anak yatim piatu, tiada siapa dan apa-apa di sisi.

Sedangkan kedudukan Khadijah di sisi masyarakat adalah seorang yang berkedudukan, hartawan, ahli perniagaan berjaya, dan dihormati oleh kaum Quraisy.

Beliau menepis persepsi tidak sihat demi mempersunting lelaki yang di matanya terdapat tanda-tanda kemuliaan dan kematangan peribadi. Nafisah binti Munabih menjadi saksi bukti cinta Khadijah kepada insan al-Amin ini.

Siapa kita kalau hendak dibandingkan dengan Khadijah?

"Saya teramat sedih ustaz. Kami dah bertunang, memang dah nak kahwin tetapi tiba-tiba putus di tengah jalan," rintih seorang wanita mengenang nasib malangnya.

Malah lebih parah lagi masalah bertunang dan kemudian terputus sebelum diijab-qabulkan ini berlaku berulang kali dan kesannya menimbulkan ketakutan kepada mereka untuk terus mencuba lagi.

Bak kata pepatah, luka di tangan nampak darahnya, luka di hati siapakah yang tahu betapa parahnya ia.

Para ulama' bersetuju bahawa jodoh ialah salah satu qada' ketentuan Allah Taala seperti rezeki dan ajal seseorang hamba.

Semuanya itu termaktub sejak azali lagi.

Namun kita tidak boleh berserah bulat-bulat hingga terkulat, apabila sampai suatu masa kita telah berputus asa dan mengatakan ini adalah takdir Ilahi. Apakah kita tahu itu ialah takdir Ilahi?

Maka sebab kita tidak tahulah kita masih mempunyai satu lagi talian hayat, iaitu ikhtiar.

IKHTIAR, USAHA

Manusia diberi hak seluas-luasnya untuk berusaha dan terus berusaha tanpa mengenal erti putus asa.

Kita teringin makan sesuatu yang enak, tapi bolehkah ia hadir tanpa kita berusaha seperti gigih bekerja untuk mencari duit yang halal sebelum memiliki makanan yang enak tadi.

Maka usaha itulah yang akan menjadi penentu pada ketentuan takdir Ilahi.

Kalau tidak, kalian tidak ubah seperti Mat Jenin di era moden.

Tidak menjadi kesalahan apabila melihat pada kemaslahatan perempuan memulakan dahulu, soal jodoh selagi mana ia tidak menyalahi syara' maka dihalalkan dalam Islam, bahkan amat digalakkan.

Hendaklah difahami sejelasnya, Islam tidak pernah meletakkan bebanan ke atas bahu lelaki sahaja untuk memulakan terlebih dahulu dalam persoalan mencari jodoh.

Buang jauh-jauh persepsi dangkal terhadap peribahasa Melayu; "perigi mencari timba" atau "langkah bendul", dalam Islam ia masih terjaga dan tidak mengaibkan.

BERUSAHA MENCARI KEBAIKAN DAN REDHA ALLAH

Pernah suatu ketika, telah datang kepada Rasulullah s.a.w seorang wanita arab menyatakan hasrat secara terus terang tanpa perantaraan untuk bersuamikan Rasulullah s.a.w.

Tapi baginda s.a.w menolak dengan cara baik dan Baginda s.a.w sendiri yang tolong mencarikan suami buat wanita itu dari kalangan para sahabatnya dan mereka kemudian hidup dalam rumahtangga yang bahagia.

Bagaimanapun haruslah diingatkan bahawa, wanita yang ingin menggunakan kaedah ini untuk mendekatkan jodohnya perlu menyedari hakikat sopan santun dan tidak melampaui batas hukum syara' yang menjadi benteng terpelihara.

Mereka perlu berwaspada agar tindakan itu tidak menjejaskan maruah dan harga diri di mata masyarakat kita yang berpegang kepada nilai-nilai agama dan adat.

Tujuannya mesti jujur dan hendaklah mendekati lelaki dengan niat yang benar-benar untuk dibuat suami.

Tidak perlulah bercinta dulu, atau mahu mengenal hati budi masing-masing. Apabila sudah serasi, aturlah masjlis perkahwinan secepat mungkin.

BERDOA

Jangan lupa juga untuk bekalkan doa bagi menguatkan usaha kita tadi.

Doa adalah senjata orang mukmin. Mendekatkan jodoh dengan doa adalah amalan para solifus soleh.

Biarlah malu kita bersalut iman dan bertempat.

Wanita mudah mendapat fitnah ketika bujang berbanding apabila telah berumahtangga, mencari sesuatu kebaikan amat dianjurkan dalam Islam.

Jangan salahkan takdir andai kita sendiri silap membuat perhitungan.

Kalian masih diberi peluang untuk membuat pilihan.

Andai kita mahu ke arah kebaikan dengan usaha yang gigih, maka kalian akan merasai kesan sampingannya yang sementara seperti penat dan hampir berputus asa, tetapi ia hanyalah seketika.

Imbuhannya kalian akan mendapat kebaikan yang abadi. InsyaAllah, yang penting berusaha dan kemudian bertawakkal.

Allahua'lam.

www.iluvislam.com

CERITA SEDIH TENTANG CINTA



Tersebut kisah 2 insan bercinta… yg laki tu nama Razak,yg pompuan tu nama Fatimah. Razak ni panggil fatimah ni sebagai ‘imah’ je (nak kasi nampak manje le tuh). imah
ni lak panggil razak ni ‘abang’ je cos diorang ni dah close, lagi pun razak ni lagi tua drpd imah 4 tahun.Entah macam mana, diorang ni kena berpisah dlm jangka
masa 3 tahun. Razak tu kena gi UK . lama gak tuh… Imah ni kesepian le kat kuala lumpur.
Since dah pisah lama gak.. then imah boring dok umah sorang…Ada lak mamat yg bernama kamarul dtg jumpa imah. mula2 imah dgn kamarul ni kawan je, kamarul ajak gi shopping, gi makan satay, gi bowling. Entah macam mana, hati imah ni dah terpaut lak kat kamarul nih… maka hilang la bayang2 razak drpd hati imah..Setelah genap 3 tahun.. razak pun pulang ke kuala lumpur.. Beria2 lemamat nih nak jumpa imah. belum sempat nak call imah, razak ternampak imah dgn kamarul tengah date kat tengah2 town.
maka berderai le jiwa raga razak.. sedih je mamat tuh…tak lalu makan. at the same time.. imah dok jalan2…sembang le dgn kawan2 dia.. ntah camna dia dpt tahu kamarul
tu laki org. imah pun frust..cuba nak kembali kepada razak.Masa tu dia lom tau lagi razak ni dah balik kuala lumpur.Razak pun memberanikan diri dia… jumpa imah. dia gi le rumahimah. muka razak masam je.. imah tanya le apasal masam.razak cakap..”susah lah.. aku dah tau apa yang ko buatmasa sepeninggalanku” imah terperanjat… “err bila masa lak nih.. aku setia apa…” kata imah razak berkata tersedu2.. ” Aku sudah tau perhubunganmu dgn dgn kamarul…” imah terdiam… “tamat lah hubungan kita disini sahaja
…” tambah razak. Razak amik gitar kapuk yg dibeli drpd UKtu……seraya berkata ” dengarlah lagu ini…, khas untuk mu…”razak start nyanyi sambil menatap wajah sedih imah yg sedang menangis…

I can tell by your eyes
That you’ve probably been crying forever
And the stars in the sky
Don’t mean nothing to you
They’re a mirror
I don’t wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won’t you listen
To my heart, ohhh, my heart

imah terdiam… masih menangis….razak sambung…

If I stand all alone
Will the shadows hide the colours of my heart
Blue for the fears
Black for the night’s fears
The stars in the sky
Don’t mean nothing to you
They’re a mirror
I don’t wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won’t you listen
To my heart, ohhh, my heart

“suara razak terus mendayu2….

“My heart, oh my heart, this old heart………”
“I don’t wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won’t you listen
to my heart, oh, my heart? My heart, oh, my heart!”
razak ulangi phrase yg sama…….imah terdiam…walaupun air mata masih mengalir…
My heart, oh my heart, this old heart………”
“I don’t wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won’t you listen to my heart, oh, my heart?
My heart, oh, my heart!”

setelah tamat lagu yang dinyanyikan oleh razak untuk imah itu… tiba2 mulut imah berkata … ” abang, imah nak beritahu abang sesuatu”
“katakan lah duhai imah” jawap razak dengan suara perlahan… ” err…… err…” kata imah dlm keadaan bersalah…”
katakan lah .. katakan lah imah.. abang sanggup terima…” tambah razak…perlahan2..

imah berkata
“abang…”
“sebenarnya… imah tak paham bahasa Inggeris…”

hahahaahaha-kesian kat razak kan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

penaja alonG