
Layaknya wanita, lelaki juga merasa bahagia jika mendengar kata-kata manis dari pasangannya. Berikut adalah beberapa hal yang diucapkan wanita, yang dapat membuat para lelaki bahagia,
1. โAku bangga padamuโ
Mengungkapkan kebanggan anda terhadap pasangan, akan membuatnya merasa menjadi seseorang yang berharga bagi anda. Selain bahagia, anda juga membangkitkan kepercayaan dirinya.
2. โAku cinta padamuโ
Jangan bosan untuk mengungkapkan kata cinta. Ingatkan terus padanya, betapa kamu mencintainya. Kata-kata itu akan membuat harinya lebih bermakna.
3. โKamu sangat menarikโ
Lelaki juga perlu puji-pujian. Kadang-kala, mereka juga merasa tidak yakin dengan penampilannya. Pujian tulus dari anda akan membesarkan hatinya. Dia pasti akan merasa bahawa dia adalah orang paling menarik di dunia.
4. โKamu memang pandaiโ
Kecerdikan dan fikiran logik adalah hal yang paling diagungkan oleh para lelaki. Salah satu yang membuat mereka merasa โlebihโ dari wanita adalah pendapat, bahawa lelaki lebih logik dari wanita. Memuji kecerdasannya adalah hal yang paling ingin didengar para lelaki.
5. โTerima Kasihโ
Kata terima kasih yang tulus akan membuat para lelaki memiliki nilai yang lebih. Perasaan lelaki yang mampu membuat teman wanitanya rasa senang akan membuatkan lelaki bahagia.
6. โAku menghargai usahamuโ
Lelaki kadang-kadang pernah merasa gagal. Saat ini yang dia perlukan adalah ucapan yang membuatkannya merasa dihargai. Bukan kerana hasil yang dia dapatkan, melainkan untuk semua usaha yang telah dia lakukan.
7. โKamu yang terbaikโ
Lelaki juga perlu tahu bahawa tiada lelaki lain yang mampu mengambil hati anda. Jangan bosan-bosan untuk meyakinkannya.
8. โKau membuatku merasa amanโ
Merasa layaknya seorang pahlawan di mata pasangan membuat rasa percaya diri lelaki meningkat. Menjadi pelindung pasangan adalah hal yang paling lelaki inginkan.
9. โAku terlalu memerlukanmu sekarangโ
Merasa diperlukan juga merupakan hal yang paling diinginkan seorang lelaki. Jangan pernah merasa janggal untuk menyebutnya.
10. โTiada siapa yang dapat menggantikanmuโ
Mengetahui bahawa dia lah satu-satunya lelaki terbaik di hidup anda, akan membuatnya โmelambung tinggiโ. Dia pun akan merasa sangat dicintai
sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan