penaja alonG

Followers

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular

Isnin, 6 Jun 2011

Jika Ianya Sebuah Cinta…


jika ia sebuah cinta…
ia tidak mendengar…
namun sentiasa bergetar….
jika ia sebuah cinta…
ia tidak buta
namun sentiasa melihat dan merasa..
jika ia sebuah cinta…
ia tidak menyeksa
namun sentiasa menguji
jika ia sebuah cinta…
ia tidak memaksa
namun sentiasa berusaha…
jika ia sebuah cinta…
ia tidak cantik
namun sentiasa menarik…
jika ia sebuah cinta…
ia tidak datang dengan kata-kata
namun sentiasa menghampiri dengan hati…
jika ia sebuah cinta…
ia tidak terucap dengan kata
namun sentiasa hadir dengan sinar mata..
jika ia sebuah cinta…
ia tidak hanya berjanji..
namun sentiasa cuba memenangi..
jika ia sebuah cinta…
ia munkin tidak suci..
namun sentiasa harmoni…
jika ia sebuah cinta…
ia tidak hadir kerana permintaan
namun hadir kerana ketentuan…
jika ia sebuah cinta…
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan…

sumber

Ahad, 5 Jun 2011

Gambar Mesra Tauke (Jambu Maharaja Lawak) Bersama Kekasih Hatinya





memang sah ...muka legend hati ada taman lor....kekekekek

Ucapan-Ucapan Yang Boleh Membuatkan Lelaki Bertambah Sayang Kepada Anda


Layaknya wanita, lelaki juga merasa bahagia jika mendengar kata-kata manis dari pasangannya. Berikut adalah beberapa hal yang diucapkan wanita, yang dapat membuat para lelaki bahagia,

1. “Aku bangga padamu”
Mengungkapkan kebanggan anda terhadap pasangan, akan membuatnya merasa menjadi seseorang yang berharga bagi anda. Selain bahagia, anda juga membangkitkan kepercayaan dirinya.

2. “Aku cinta padamu”
Jangan bosan untuk mengungkapkan kata cinta. Ingatkan terus padanya, betapa kamu mencintainya. Kata-kata itu akan membuat harinya lebih bermakna.

3. “Kamu sangat menarik”
Lelaki juga perlu puji-pujian. Kadang-kala, mereka juga merasa tidak yakin dengan penampilannya. Pujian tulus dari anda akan membesarkan hatinya. Dia pasti akan merasa bahawa dia adalah orang paling menarik di dunia.

4. “Kamu memang pandai”
Kecerdikan dan fikiran logik adalah hal yang paling diagungkan oleh para lelaki. Salah satu yang membuat mereka merasa ‘lebih’ dari wanita adalah pendapat, bahawa lelaki lebih logik dari wanita. Memuji kecerdasannya adalah hal yang paling ingin didengar para lelaki.

5. “Terima Kasih”
Kata terima kasih yang tulus akan membuat para lelaki memiliki nilai yang lebih. Perasaan lelaki yang mampu membuat teman wanitanya rasa senang akan membuatkan lelaki bahagia.

6. “Aku menghargai usahamu”
Lelaki kadang-kadang pernah merasa gagal. Saat ini yang dia perlukan adalah ucapan yang membuatkannya merasa dihargai. Bukan kerana hasil yang dia dapatkan, melainkan untuk semua usaha yang telah dia lakukan.

7. “Kamu yang terbaik”
Lelaki juga perlu tahu bahawa tiada lelaki lain yang mampu mengambil hati anda. Jangan bosan-bosan untuk meyakinkannya.

8. “Kau membuatku merasa aman”
Merasa layaknya seorang pahlawan di mata pasangan membuat rasa percaya diri lelaki meningkat. Menjadi pelindung pasangan adalah hal yang paling lelaki inginkan.

9. “Aku terlalu memerlukanmu sekarang”
Merasa diperlukan juga merupakan hal yang paling diinginkan seorang lelaki. Jangan pernah merasa janggal untuk menyebutnya.

10. “Tiada siapa yang dapat menggantikanmu”
Mengetahui bahawa dia lah satu-satunya lelaki terbaik di hidup anda, akan membuatnya ‘melambung tinggi’. Dia pun akan merasa sangat dicintai

sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

penaja alonG